Politik | PRU ke-15 ketika banjir? Polis Kelantan siap sedia

2022-09-22 0

Polis Kelantan bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 dalam sebarang situasi termasuk bencana banjir jika proses demokrasi itu nanti diadakan ketika waktu Monsun Timur Laut.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, mesyuarat serta rangka penugasan pihak polis turut terarah kepada persiapan PRU dalam situasi banjir.